Membuat Binaan Di Atas Kubur

Assalamualaikum;)
hari ni terasa laju je tgn ni nak menulis....
hihi.. 


hari ni aku nk bercerita mengenai sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat melalui ap yang aku baca n kaji..

membuat binaan di atas kubur.. 

hurmm.. tertanya-tanya juga aku pada mulanya.. 
boleh ke..
tak boleh ke..
lpas satu2 entry aku baca...
dalam blog., internet., 
sedikit sebanyak., yang aku tahu, ia adalah haram..
haram nya bersebab...



Seperti yang banyak kita saksikan sekarang ini terdapat banyak kubur seperti membina tembok, dinding pagar dan sebagainya, tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan lain-lainnya adalah antara perkara yang diharamkan. 
Nabi bersabda yang bermaksud: 

                        "Nabi melarang Tajsis kubur ( membina tembok dinding dikeliling 
                                  kubur)dan melarang  membina binaan di atasnya"

Hadis riwayat Muslim dan pada riwayat Tirmizi dan al-Hakim (Nabi melarang dari ditulis sesuatu apapun diatasnya).

An-Nawawi berkata dalam syarah soheh Muslim: 
                         
                           "Nabi melarang Tajsis kubur dan membina diatasnya dan juga             
                                                        duduk di atas kuburan" 

dalam hadis ini larangan Tajsis kubur , membina binaan diatasnya dan duduk diatas kuburan. 
Yang dimaksudkan dengan “قعود “ ialah duduk, ini merupakan mazhab Syafie dan jumhur ulama. 
Imam Malik berkata dalam kitabnya Muwatto’ : "yang dimaksudkan dengan “قعود “ ialah duduk". 
Antara yang menyokong perkara ini ialah riwayat lain yang menyebut: 

                                                     "jangan kamu duduk di atas kuburan''

dalam riwayat yang lain pula disebut: 

                                 ''Demi sesungguhnya seseorang dari kamu duduk diatas 

                                              bara api kemudian bajunya terbakar 
                                                    sehingga memakan kulit 
                           badannya lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur'''

 An-Nawawi berkata lagi: 

                                      "Telah berkata sahabat-sahabat kami (ulama Syafie):
                                   Tajsis kubur itu makruh, dan duduk diperkuburan adalah 
                                      haram, demikian juga menyandar di atas perkuburan"

Imam Syafie berkata di dalam al-Umm:  

aku lihat para imam di Mekah menyuruh supaya diruntuhkan binaan di atas kubur, ini disokong oleh sabda Nabi yang bermaksud:(dan tiada kubur yang dimuliakan kecuali  ianya diratakan). 

Lihat syarah soheh Muslim karangan an-Nawawi

Apakah hikmah larangan ini?
1)Ianya boleh menjadi sebab kepada sikap melampau terhadap kubur  
  yang akhirnya membawa kepada penyembahan. Sebab itu datang juga  
  larangan mengebumikan mayat dimasjid. Adapun kubur Nabi 
  sesungguhnya ia tidak berada di dalam masjid akan tetapi Nabi 
  dikuburkan di rumah baginda (ini merupakan antara perkara-
  perkara khusus yang dibolehkan bagi nabi sahaja) adapun jasad  
  Abu Bakar dan Umar kerana permintaan mereka untuk dikebumikan 
  bersama baginda kerana mereka berdua adalah sahabat Nabi yang  
  paling akrab dan mulia yang sering menemani Nabi kemana sahaja 
  baginda berada.
2)mengelak daripada menyerupai orang Yahudi. Nabi bersabda 
  bermaksud: "Allah melaknat orang Yahudi yang menjadikan kubur 
  para Nabi mereka sebagai masjid". Hadis ibnu Abbas riwayat 
  Bukhari.

Soalan:

Disana terdapat kubur yang diangkat tinggi dari bumi lebih kurang sejengkal ataupun lebih, akan tetapi kubur itu dikelilingi oleh tembok yang tinggi adakah kubur ini di anggap beramal dengan yang bukan sunnah? Adakah dibolehkan menziarahi kuburan yang seperti ini atau tidak?

Jawapan: 

Binaan di atas kuburan adalah diharamkan kerana telah datang hadis daripada Nabi yang menyebut: "Nabi melarang membina tembok kubur, melarang duduk di atas kuburan dan melarang membina binaan diatasnya". Hadis riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdillah. Dengan itu diketahui bahawa binaan seperti yang disebut wajib di hapuskan kerana beramal dengan hadis ini. Adapun menziarahi secara syarak maka tidak menjadi masalah. Wabillahi taufik dan selawat Allah ke atas Nabi kita Muhammad, kaum kerabat baginda dan sahabat-sahabat baginda alaihissolatu Wassalam. [ Fatwa Lajnah Daemah untuk kajian ilmiah dan fatwa].

Sejauh mana akal kita untuk mengenal ilmu Allah SWT...
Oleh itu, kita perlu lah sentiasa merujuk kepada kitab Al-Quran dan juga sunnah Rasulullah saw..

Disini saya akan selitkan beberapa keping gamba, dimana contoh-contoh kepungan yang dibenarkan mengikit Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).







Wallahu a'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment